Kamu tidak menghadapi masalah untuk bergaul dengan sesiapa saja tapi amat gugup bila terpaksa berucap! Terasa bibir kamu terkunci rapat dan suara kamu tiba-tiba 'hilang'! Peluh dingin mula membasahi tubuh kamu. Macamana ni? Pelbagai perkara dan kemungkinan yang muncul di minda kamu. Kamu takut kamu akan lakukan sesuatu yang bakal malukan diri kamu sendiri nanti. '
1- Jangan bimbang yang bukan-bukan
Sebenarnya sikap gugup itu muncul bila kamu asyik fikir yang bukan-bukan. Jangan macam tu. Bawa bertenang. Mungkin kamu takut kamu tidak mampu jawab soalan-soalan daripada cikgu/teman/bos nanti atau tiba-tiba saja kamu terlupa apa yang kamu perlu cakapkan. Tentu kamu akan malu. Usah gusar. Kenapa kamu harus fikirkan ke arah negatif? Ia menunjukkan bahawa kamu tidak ikhlas dan yakin dengan diri kamu sendiri. Jika kamu tidak yakin dengan diri kamu, bagaimana kamu hendak yakinkan orang lain terhadap kemampuan sebenar kamu?
2- Fikirkan Positif
Apa kata kamu positifkan pemikiran kamu itu. Kamu seharuskan berbangga kerana kamu terpilih. Bermakna cikgu/bos kamu mempercayai dan yakin dengan kebolehan diri kamu. Jadi adalah tugas kamu untuk buktikan bahawa tanggapan mereka itu memang tepat. Takkan kamu mahu diri kamu dipandang rendah pula nanti?
3- Yakinkan diri
Sebenarnya kamu bukannya pemalu dan tidak suka berdepan dengan orang lain. Selama ini kamu cukup petah dalam mengutarakan idea-idea kamu yang cukup bernas. Tapi kamu amat tidak selesa bila terpaksa berucap di khalayak ramai. Kamu gugup bila mendapati semua mata tertumpu kepada kamu seorang. Jadi, langkah pertama ialah menarik nafas panjang-panjang dan tenangkan diri. Yakinkan diri kamu bahawa kamu sudah cukup bersedia dan mampu memberikan yang terbaik. Keyakinan diri itu perlu dalam melakukan apa juga perkara. Tidak ada sebab mengapa kamu harus berasa gugup dan tidak yakin pada kemampuan diri kan?
4- Buat persediaan rapi
Dalam apa juga perkara, perlu ada persiapan agar diri kamu tahu apa yang harus dilakukan. Misalnya kamu boleh merancang apa yang kamu perlu cakap dan apa yang perlu dibawa sebagai 'props'. Bila kamu rasa diri kamu sudah cukup bersedia, dengan sendirinya keyakinan itu akan datang dan rasa gugup itu akan hilang sedikit demi sedikit. Jika perlu, bawa nota kecil sebagai nota rujukan jika kamu takut tertinggal mana-mana point penting. Tapi elakkan membawa buku tebal. Cukuplah sekadar point utama yang tertulis di atas nota bersaiz kecil. Rujuk bila dirasakan perlu. Jadi, jangan digusarkan sangat!
5- Berehat sebelum bermula
Lapangkan fikiran dan tenangkan diri kamu sebelum bermula. Jangan terlalu banyak berfikir atau buat-buat sibuk kerana ia cuma akan menambahkan kegugupan dan kegusaran hati kamu. Duduk diam dan lemparkan senyuman untuk menenangkan diri. Jangan biarkan diri kamu tension kerana ia boleh menghilangkan keyakinan diri kamu.
6- Fokuskan pada suatu objek saja
Bila melihat ramai orang yang sedang menunggu untuk mendengarkan kata-kata yang bakal keluar dari mulut kamu, perasaan gugup akan datang tiba-tiba. Sejuk tangan dan kaki kamu dibuatnya. Rileks dan jangan risau. Cari sesuatu sebagai fokus utama kamu. Misalnya kamu melihat seorang teman kamu di bahagian belakang. Tumpukan pandang kamu kepadanya tiap kali kamu berasa gugup. Bila melihat orang yang rapat dan 'familliar', kuranglah sedikit perasaan itu. Tapi kamu harus ingat, jangan lupa untuk membuatkan 'eye contact' dengan orang lain juga walaupun sekejap-sekejap.
7- Bayangkan orang lain juga seperti kamu
Jika kamu rasakan darah gemuruh kamu tetap muncul, tarik nafas panjang-panjang. Kemudian pejam mata kamu sekejap dan bayangkan bahawa tidak ada orang lain di dalam bilik/dewan itu selain kamu seorang. Ini mungkin boleh membantu kamu berucap dengan lebih lancar lagi.
No comments:
Post a Comment