Setiap ucapan anak-anak Adam itu membahayakan dirinya (tidak bermanfaat), kecuali kata-kata berupa amar makruf nahi mungkar dan zikrullah” (HR Tirmidzi).
Bila ada suatu perbuatan yang dianggap ringan, tetapi dahsyat akibatnya, itu adalah ucapan dari lidah yang kita miliki. Dengan ucapan, seseorang boleh masuk surga dan dengan ucapan pula seseorang boleh masuk neraka.
Bahkan, orang yang paling banyak masuk neraka, menurut Rasulullah SAW, adalah kerana sesuatu yang keluar dari mulutnya (ucapan). Balasan ini sangat wajar mengingatkan besarnya kesan buruk dari ucapan dalam masyarakat, baik ataupun yang buruk.
Tidak sedikit hubungan baik antara manusia yang terputus setiap hari, hanya kerana ucapan yang menyakitkan hati. Dan perlu diingatkan untuk membina hubungan yang terputus kerana ucapan lebih susah berbanding membina hubungan dalam keadaan tanpa sebab apa-apa.
Ucapan yang keluar dari mulut seseorang juga boleh menimbulkan fitnah dalam kelompok masyarakat banyak. Banyak orang menjadi salah sangka terhadap seseorang hanya keranaucapan jahat dari orang-orang yang tidak mampu berpikir tentang kesannya.
Makanya, sangat dianjurkan untuk berhati-hati dengan ucapan dan memikirkan kesannya sebelum mengucapkan sesuatu. Namun, hal ini akan sulit, bila tidak dibiasakan. Lazimnya, orang yang terbiasa berkata tanpa berfikir terlebih dahulu dan kelaziman dirinya yang suka melakukan kejahatan,sebagi kata pepatah bagaikan lidah tidak bertulang.